Friday 20 May 2011

KELAB RAKAN MUDA KINABATANGAN

Kelab Rakan Muda Kinabataangan juga dikenali sebagai "KELAB RAKAN MUDA KINABATANGAN, SABAH". Alamat tempat urusan berdaftar Kelab ini di Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, W.D.T 24, 90500, Sandakan, Sabah. Kelab ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 196 dan nombor pendaftarannya ialah 2383-09-SBH pada 17 Haribulan November 2009
Tujuan dan matlamat penubuhan Kelab ini adalah:
  1. Membantu melahirkan remaja belia yang berhemah tinggi dan berdaya saing sebagai bakal pemimpin.
  2. Menanam semangat perpaduan dan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara dalam kalangan ahli-ahli bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial.
  3. Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasayrakatan dan kebajikan dengan kerjasama setempat, kelab berdaftar lain dan agensi-agensi kerajaan.
Keahlian untuk Kelab ini:
  • Terbuka kepada semua remaja belia warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun yang bermastautin di Parlimen Kinabatangan, Sabah.

No comments:

Post a Comment