Tujuan dan matlamat penubuhan Kelab ini adalah:
- Membantu melahirkan remaja belia yang berhemah tinggi dan berdaya saing sebagai bakal pemimpin.
- Menanam semangat perpaduan dan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara dalam kalangan ahli-ahli bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasayrakatan dan kebajikan dengan kerjasama setempat, kelab berdaftar lain dan agensi-agensi kerajaan.
- Terbuka kepada semua remaja belia warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun yang bermastautin di Parlimen Kinabatangan, Sabah.